Monday, March 4, 2013

upah haji 4 dalam 1


Upah Haji / Badal Haji 1434H / 2013 PAKEJ 4 DALAM 1


RM 1400

termasuk 1 haji, 1 Umrah, Khatam Al Quran, Tahlil , Sijil Badal Haji, air zam - zam  
di bawah pengurusan Dato' Hassan Mahmud Al-Hafiz



 BADAL HAJI / UPAH HAJI UNTUK
TAHUN 2013 / 1434
KINI DI BUKA UNTUK PENDAFTARAN

Sukacita dimaklumkan pihak Ibtisam Travel & Tours Sdn Bhd kini telah membuka urusan pendaftaran Badal Haji Untuk Tahun 2013 / 1434 Hijrah. Kuota Badal Haji / Upah Haji sangat terhad. Anda yang betul - betul berhajat sila hubungi 012-3369887 lebih awal untuk tempahan.

FIRMAN ALLLAH S.W.T

Dan kamu sempurnakanlah Haji dan Umrah kerana Allah” 
(Al-Baqarah : 196). 

Seorang wanita bertanya Nabi saw tentang ayahnya yang meninggal dunia dalam keadaan belum mengerjakan Haji. Nabi S.A.W berkata kepada wanita tersebut, “Tunaikanlah Haji bagi pihak ayahmu”.
(Hadis riwayat An-Nasaie).



Kepada semua Waris - waris
Umat Islam yang berhajat untuk membuat tempahan Badal Haji / Upah Haji dan Umrah Haji bagi tahun Hijrah 2013 / 1434 . PENDAFTARAN DIBUKA SEKARANG. Upah Haji dan Umrah ini dilaksanakan oleh mereka yang berpengalaman luas mengerjakan Ibadah Haji dan Umrah Haji yang bermaustautin di MAKKAH AL-MUKARAMAH.

Khas Bagi Yang Uzur atau Telah Meninggal Dunia
PENGENALAN:
Hukumnya WAJIB bagi waris yang MAMPU. Barangsiapa yang mampu menyambut panggilan haji, kemudian kerana sakit atau lanjut usia tidak dapat melaksanakannya, maka dia diharuskan meminta orang lain untuk menghajikannya. (Badal Haji / Upah haji)

DALIL:


Hal ini berdasarkan hadis riwayat Fadl bin Abbas ra. Bahawa seorang wanita dari Bani Khats'am berkata, "Wahai Rasulullah saw.! Sesungguhnya Allah telah mewajibkan haji kepada hamba-Nya, bapaku seorang yang sudah berumur, tidak mampu mengadakan perjalanan, apakah boleh aku menghajikannya?" Rasulullah saw. menjawab, "Boleh." 

Ini pendapat Imam Syafi'i, Imam Ahmad dan Imam Abu Hanifah. Sementara Imam Malik berkata, "Tidak wajib."
Apabila seorang yang sakit setelah dihajikan sembuh: Maka kewajiban hajinya tidak gugur. Yang bersangkutan wajib mengulanginya. Menurut Imam Ahmad kewajibannya telah gugur. Barangsiapa yang melaksanakan haji nazar sementara dia belum melaksanakan haji Islamnya, maka haji nazarnya itu dibalas sebagai haji Islam dan setelah itu ia harus menunaikan haji nazarnya.

Barangsiapa yang meninggal dunia, belum malaksanakan haji Islam atau haji nazar, maka walinya wajib untuk menunaikan haji tersebut dengan biaya dari harta si mati. Ini pendapat ulama Syafi'i dan Hambali. Ulama Hanafi dan Maliki berpendapat, "Ahli waris tidak wajib menghajikan si mayit kecuali jika si mayit mewasiatkannya, maka ia dihajikan dengan biaya tidak lebih dari sepertiga harta warisan."
Syarat orang yang mengerjakan haji badal:
Orang yang melaksanakan haji badal / upah haji disyaratkan sudah melaksanakan haji untuk dirinya baik mampu atau tidak.

Dalil:

Hal ini berdasarkan hadis riwayat Ibnu Abbas r.a., Bahawa Rasulullah S.A.W. mendengar seorang laki-laki berkata, "Aku penuhi panggilan-Mu untuk Syabramah." Rasulullah saw. bertanya, "Apakah engkau telah melaksanakan haji untuk dirimu?" Ia menjawab, "Belum." Beliau bersabda, "Hajilah untuk dirimu kemudian laksanakan haji untuk Syabramah."
Jadi apa tunggu lagi wahai para muslimin. Tunaikanlah badal  haji / upah haji  untuk arwah bonda, ayahanda, datuk nenek, moyang dan sesiapa sahaja yang masih tidak mengerjakan haji sama ada kerana uzur atau yang telah kembali ke rahmatullah...

Pembaca yang berhajat untuk menunaikan haji badal / upah haji sila hubungi 012-3369887

Insyaalah Upah Haji ditunaikan oleh pelajar dari Malaysia, Indonesia dan Fathani yang berada di Makkah dan Madinah .

Bayaran Upah Haji termasuk perkara berikut
  • Sewa khemah wukuf di Arafah
  • Sewa khemah melontar di Mina
  • Tambang dari Mekah ke Arafah, Arafah ke Mina dan Mina ke Mekah
  • Belanja makan bagi orang yang melaksanakan haji dan umrah
  • Upah tawaf dan saie' haji
  • Upah tawaf dan saie' umrah
  • Belanja urusan di tanah air; urusan penghantaran wang, urusan penghantaran sijil

Upah Haji : RM1,400.00.
Hubungi 0123369887 untuk keterangan lanjut
Maklumat yang diperlukan:
1. Nama dan alamat orang yang mengupah haji
2. Nama arwah @ yang uzur
3. Nama Ibu kepada arwah
4. Alamat penuh waris
5. Email Waris

SMS maklumat yang diperlukan di atas ke nombor 012-3369887

Proses perlaksanaan
  1. Pembayaran Terus ke akaun atau Temujanji.
  2. Pengesahan penerimaan bayaran.
  3. Akad dibuat selepas bayaran secara temujanji atau melalui telefon.
  4. Perlaksanaan Haji semasa musim haji pada tahun yang berkenaan.
  5. Penghantaran Sijil Pengesahan dan hadiah. (Sekurang-kurangnya sebulan selepas musim haji berlalu)

No comments: