Sejarah IBTISAM
TRAVEL & TOURS SDN BHD bermula pada 1 April 1982 dengan penubuhan Jemaah Al
Furqan di Dewan Masjid Negara, Kuala Lumpur.
Berdaftar dengan SSM
bernombor 470998-T pada 29 Oktober 1998 yang beroperasi di Bangsar Park, Kuala
Lumpur. Syarikat pada mulanya menggunakan nama Muassasah Darul Al Furqan
menjalankan aktiviti berkaitan ibadah umat Islam seperti kursus-kursus, kelas
dan seminar Al Quran, motivasi, kaunseling kekeluargaan, kursus pra-perkahwinan,
sekolah tahfiz kanak-kanak dan menganjurkan pakej umrah dan ziarah.
Secara
aktifnya syarikat telah melakukan beberapa Program Umrah, Ziarah dan Ibadah
Berpakej iaitu termasuk ziarah Timur Tengah seperti ke Jordan, Mesir dan Turki
dengan kerjasama bersama beberapa ejen pelancongan tempatan dan luar
negeri.
Tanggal 8
Mac 2005, nama syarikat ditukar kepada IBTISAM TRAVEL & TOURS SDN. BHD.
Tujuan penukaran nama syarikat adalah untuk mengembangkan aktiviti syarikat
memandangkan fokus utama adalah sebagai syarikat pengurusan pakej umrah dan haji
ke Tanah Suci, mengelolakan pakej ziarah Islami seperti ke tempat-tempat menarik
dan bersejarah dalam serta luar negeri. Disamping itu syarikat terus mengadakan
kursus-kursus dan seminar yang berkaitan.
Ibtisam
turut berdaftar dengan Kementerian Pelancongan Malaysia, lesen bernombor KPL
4582. Ketika itu pejabat beroperasi di No 7, Jalan 2/8, Dataran Templer, Bandar
Baru Selayang, 68100 Batu Caves, Selangor Darul Ehsan. Ibtisam juga menganggotai
Persatuan Ejen-ejen Pelancongan Dan Pengembaraan Malaysia (MATTA).
Terkini, syarikat pada
awal 2013 secara rasmi telah berpindah ke alamat baru dalam lokasi yang
sama.
Ibtisam
Travel & Tours Sdn
Bhd merupakan milik 100% Dato Ust Hassan Mahmud Al Hafiz. Mantan Mudir program
Astro Oasis Imam Muda 1, 2 & 3 dan terkini sebagai hos rancangan komedi Elak
Elak di Astro Warna.
Beliau juga merupakan Mantan Imam Masjid Negara
pada awal 80an. Pernah mengacarakan program TV3 Al Kulliyyah sekitar 90an.
Beliau juga pernah menganggotai Majlis Agama Islam Negeri Perlis. Beliau juga
merupakan mantan Pengerusi Lajnah Teks Al Quran KDN. Pada masa yang sama beliau
merupakan Penolong Pengarah Bahagian Dakwah (INDAH), Pusat Islam (Sekarang
JAKIM).
Sebelum
itu beliau merupakan Timbalan Pengetua Institut Tahfiz Wal Qiraat, Pusat Islam
(Sekarang Darul Quran-JAKIM) dan pernah memangku jawatan Pengetua di institut
tersebut. Beliau juga bekas seorang tutor di Universiti Kebangsaan Malaysia
(UKM). Pernah mewakili Kerajaan Malaysia Ke Muktamar di Bangladesh dan
menjalankan kajiselidik Institusi Tahfiz Quran ke Indonesia dan Al Azhar. Sering
mendapat undangan dan jemputan rasmi kerajaan Brunei dan Singapura.
Biodata Dato' Hassan Mahmud Al-HafizNama Penuh:Dato' Hassan Mahmud Al-Hafiz
Umur : 65 Tahun (2013) Tempat lahir : Kg Padang Keria, Sanglang, Perlis Indera Kayangan Pendidikan :Maahad Tahfiz Al Quran Wal Qiraat (Sekarang Darul Quran), Kuala Lumpur (1973),B.A. Hons Usuluddin - Tafsir - University El-Azhar, Kaherah, Mesir (1981) Pekerjaan: Pengarah Urusan Ibtisam Travel, Penceramah dan Penulis Buku Pencapaian : Mudir Imam Muda Musim 1, 2 & 3 |